Menu

JABATAN PENGURUSAN RAI PERTUKARAN DATO’ SRI ZULKIFLI


Bandar Sunway, 26 Julai 2017 – CP Dato’ Sri Zulkifli Abdullah diraikan penuh adat istiadat kepolisan dalam sebuah Majlis Mess Night sempena pertukaran beliau sebagai Pengarah daripada Jabatan Pengurusan kepada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA) di Sunway Resort Hotel & Spa, Subang Jaya sebentar tadi.

Majlis bertemakan “Illustriously Luxuriant Helmsmanship” itu amat bertepatan dengan ketokohan beliau dalam menerajui Jabatan Pengurusan. Ketokohan beliau amat terserlah dengan cara kepimpinan yang produktif, cemerlang serta tadbir urus unggul yang pastinya akan diteladani sepanjang zaman.

Sepanjang hampir 2 tahun mengemudi Jabatan Pengurusan, beliau juga telah berjaya membangunkan dasar-dasar baru yang seiring dengan fokus utama Ketua Polis Negara 2017, antaranya Dasar Modern Policing, Fast Track, Future Echelon, Dasar Kecemerlangan Sukan dan Kesenian serta Program Trim & Fit.

“Jabatan Pengurusan bertanggungjawab memainkan peranan sebagai pencetus dan pemangkin transformasi PDRM ke arah kepolisan moden dan bertaraf dunia. Ke arah itu, Jabatan Pengurusan perlu menjana dasar yang berdaya saing dan melangkaui masa sebagai 'the way forward PDRM'”, ujar beliau dalam ucaptama di majlis tersebut.

“Walau di mana sahaja kita ditugaskan, jangan pernah berhenti memberikan khidmat terbaik serta sentiasa mengamalkan gaya pemikiran kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas harian di samping berfikiran secara kritis dan konstruktif dalam menangani cabaran masa depan,” tambahnya lagi.

Beliau turut merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Penganjur yang diterajui DCP Hajah Fatimah Abdul Hamid kerana telah berjaya merealisasikan majlis yang gilang-gemilang ini.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan Pengurusan, Datin Sri Noraini Abd Jalil, Timbalan-Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan bersama pasangan, Ketua-Ketua Penolong Pengarah, Komandan, Ketua-ketua Jabatan Pengurusan dan Pegawai-Pegawai Kanan PDRM.


Ketibaan CP Dato’ Sri Zulkifli Abdullah dan tetamu-tetamu kehormat.di pentas utama


Bendera Sang Saka Biru diarak masuk


Sekitar majlis Mess Night berlangsung


CP Dato' Sri Zulkifli Abdullah bersalaman dengan barisan warga Jabatan Pengurusan sebelum meninggalkan majlis


Bergambar kenangan












PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS