Kuala Lumpur, 3 Ogos 2017 – Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar telah menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Komandan Kor SUKSIS (Sukarelawan Siswa Siswi) Universiti Utara Malaysia (UUM), Supt/KS Syamsul Anuar Che Mey@Ismail di Tingkat 31, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.
Tujuan pertemuan tersebut adalah bagi menyampaikan surat jemputan secara rasmi Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Kor SUKSIS Universiti Awam Kali ke-13 Tahun 2017 yang akan diadakan pada 20 Ogos 2017 di UUM.
Kunjungan tersebut turut disambut oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Dato’ Tajudin Md. Isa, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), Datuk Mohd Khalil Kader Mohd serta pegawai-pegawai kanan.

Sekitar kunjungan hormat berlangsung.

Penyampaian cenderahati kepada Timbalan Komandan Kor SUKSIS (Sukarelawan Siswa Siswi) Universiti Utara Malaysia (UUM), Supt/KS Syamsul Anuar Che Mey@Ismail.

Penyampaian cenderahati kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar.

Sekitar kunjungan hormat berlangsung.