Menu

LAWATAN KERJA POLIS MALDIVES

Kuala Lumpur, 4 Ogos 2017 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima lawatan kerja daripada pegawai Teknikal Kanan Maldives Police Service (MPS) bermula 31 Julai sehingga 3 Ogos lalu.

Lawatan kerja selama tiga hari tersebut diketuai oleh Head Of Strategy And Legal Department MPS, Superintendant of Police Ahmed Shifan bersama delegasi bertujuan untuk berjumpa dan berbincang dengan pegawai-pegawai kanan PDRM yang bertanggungjawab dengan pembinaan infrastruktur seperti ibu pejabat, balai-balai dan pusat-pusat tahanan.

Selain itu, ianya juga bertujuan untuk mempelajari strategi penempatan kemudahan-kemudahan polis dan lokasi terbaik dalam sesebuah bandar atau komuniti. Ketibaan delegasi ini disambut oleh Timbalan Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) (Perolehan/Pusat Bekalan/Persenjataan), SAC Dato' Abd Razak Elias.

Program lawatan delegasi ini turut diadakan di beberapa lokasi lain seperti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, Balai Polis Sri Hartamas, Cawangan Persenjataan dan Pusat Komunikasi (PUSKOM) Bukit Aman.

1
Sekitar lawatan di IPD Sentul.

2

Sekitar lawatan di IPD Sentul.

3
Sekitar lawatan di IPD Sentul.

4
Sekitar lawatan di Pondok Polis NU Sentral, KL.

5
Sekitar lawatan di Balai Polis Sri Hartamas.

6
Sekitar lawatan di Cawangan Persenjataan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS