Kuala Lumpur, 11 Ogos 2017- Seramai 105 pegawai kanan, pegawai pangkat rendah serta pegawai awam dari tujuh Bahagian Urus Setia Ketua Polis Negara (USKPN) telah menerima Surat Penghargaan daripada Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Theatrette, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.
Surat Penghargaan ini diberi Datuk Mohd Khalil Kader Mohd sendiri sebagai pengiktirafan kepada setiap penerima atas komitmen tinggi dan khidmat ikhlas yang telah dicurahkan sehingga meletakkan USKPN di tahap cemerlang.
Dalam pada itu, penghargaan ini mampu menjadi satu lonjakan vertikel kepada hasil kerja pada masa akan datang sekaligus mengekalkan momentum kecekapan, kelancaran serta ketepatan perkhidmatan setiap penerima khasnya dan seluruh warga USKPN amnya.
Datuk Mohd Khalil Kader Mohd telah mengambil alih kepimpinan SUPM dan mengemudi USKPN lebih kurang dua tahun yang lalu, bakal menjadi Ketua Polis Johor yang baharu.
Hadir sama dalam majlis tersebut, Ketua USKPN (Pentadbiran), SAC Lim Leong Hock, Ketua USKPN (AMLA), SAC Dato’ Khalil Azlan Hj. Chik, Ketua USKPN Pasukan Khas Siasatan Bersepadu (PKSB), Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid, Ketua USKPN (Perundangan), SAC Moktar Md Noor, Ketua Komunikasi Korporat PDRM, SAC Datin Asmawati Ahmad, Ketua USKPN (Perhubungan Antarabangsa), SAC Goh Boon Keng serta Ketua USKPN (Perlesenan), ACP Noorsiah Mohd Saaduddin.

Begambar kenangan bersama Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd ketika menyampaikan ucapan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, SAC Datin Asmawati Ahmad semasa menerima surat penghargaan daripada Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

Sekitar Majlis penyampaian surat penghargaan yang di sampaikan oleh Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

Sekitar Majlis penyampaian surat penghargaan yang di sampaikan oleh Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.