Menu

SUAMI DAYUS BELASAH BEKAS ISTERI DENGAN KAYU SUDAH DITAHAN

Polis sudah menahan seorang lelaki yang dipercayai membelasah bekas isterinya menggunakan sebatang kayu dalam kejadian di sebuah rumah di Pasir Akar di Besut pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Besut, SUPT. Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, satu laporan diterima daripada seorang wanita berusia 33 tahun yang mendakwa dirinya dipukul menggunakan sebatang kayu sehingga cedera pada paha, lengan dan leher.

Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Berita selanjutnya menerusi pautan keratan akhbar Kosmo di bawah.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS