Kuala Lumpur, 17 Ogos 2017 – Majlis Persada Inovasi peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berlangsung sejak Isnin lalu telah melabuhkan tirainya dengan menyaksikan 22 Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) mengambil bahagian.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim berkata Majlis Persada Inovasi merupakan acara tahunan yang diadakan bagi meneruskan momentum pembudayaan inovasi dan kreativiti pasukan disamping meningkatkan kompetensi diri dengan menghasilkan projek inovatif yang berimpak tinggi.
Majlis yang bertempat di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur pagi tadi telah menyaksikan Kumpulan TC-P9S, Maktab Teknik PDRM Bakri Muar memenangi Kategori Penciptaan diikuti Kumpulan OSCAR 6, Balai Polis Kota Kinabalu untuk tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan K.I.T.A, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar,Perak.
Manakala pemenang Kategori Penambahbaikan pula dimenangi oleh EAGLE COPS, IPD Langkawi, Kedah diikuti Kumpulan ENIGMA, Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi oleh HERITAGE, IPD Taiping, Perak.
Bagi Kategori Bunting Terbaik pula dimenangi oleh STALLION, Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Markas PSP Cheras dan Kategori Persembahan Terbaik dimenangi oleh JUGRA VIPER, IPD Kuala Langat, Selangor.
Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Sri Zulkifli Abdullah, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Acryl Sani Hj. Abudullah Sani, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, CP Dato’ Tajudin Md Isa, Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, CP Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, SAC Sharul Othman, Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), DCP Dato’ Zulkifli Mohamed, Pegawai- Pegawai Kanan PDRM, Pegawai Pangkat Rendah dan rakan-rakan media.

Sesi bergambar kenangan bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim...

Perasmian PembukaanMajlis Persada Inovasi peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), DCP Dato’ Zulkifli Mohamed..

Persembahan daripada Kumpulan Silver, IPK Perak dengan tajuk projek Arms Management System (ArMS)..

Persembahan daripada Kumpulan Silver, IPK Perak dengan tajuk projek Arms Management System (ArMS)..

Pemenang tempat Kedua Kategori Penambahbaikan iaitu Kumpulan Enigma..