Menu

TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA TERIMA DUA KUNJUNGAN HORMAT

TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA TERIMA DUA KUNJUNGAN HORMAT

Kuala Lumpur, 21 Ogos 2017 - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim menerima dua kunjungan hormat di Bilik Perbincangan Tingkat 31, Menara 1, Bukit Aman, di sini, tengahari tadi. Beliau menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato’ Seri Haji Mustafar Haji Ali dan Ketua Pegawai Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.

Kunjungan hormat oleh Kumpulan Karangkraf itu membincangkan mengenai World #QuranHour dan Merdeka #QuranHour dimana Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mengambil bahagian dalam program yang akan diadakan di Dataran Merdeka dan Masjid Sultan haji Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, Selangor pada 31 Ogos 2017 depan.

Turut hadir dalam pertemuan tadi adalah Pengarah Pengurusan ,Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Dato' Haji Mazlan Lazim, Setiausaha Polis Malaysia Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf dan pegawai-pegawai kanan PDRM.

1
Sekitar kunjungan hormat berlangsung di Aras 31, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

3
Sekitar kunjungan hormat berlangsung di Aras 31, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman2
Sekitar kunjungan hormat berlangsung di Aras 31, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
4
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim menyampaikan cenderahati tanda ingatan kepada Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato’ Seri Haji Mustafar Haji Ali .

5
Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato’ Seri Haji Mustafar Haji Ali menandatangani buku lawatan disaksikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim .

6
Sekitar Sesi Bergambar Kenangan.

8
Ketibaan Ketua Pegawai Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.

10
Sekitar kunjungan hormat berlangsung di Aras 31, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
 
 

11
Sekitar Sesi Bergambar Kenangan.



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS