Menu

18 GRO WARGA ASING DITAHAN DI TAWAU

18 GRO WARGA ASING DITAHAN DI TAWAU

Tawau, 30 Ogos 2017 - Seramai 18 wanita warga asing ditahan Jabatan Imigresen Tawau selepas didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di beberapa pusat hiburan, dekat sini.

Wanita berusia antara 18 tahun dan 44 tahun itu ditahan dalam operasi bersepadu selama lima jam bermula kira-kira jam 11 malam tadi.

Ketua Jabatan Imigresen Tawau, Noraini Rasi, berkata operasi Ops Bersepadu itu menyasarkan beberapa pusat hiburan di sekitar pusat bandar, di sini.

"Semua GRO yang ditahan masing-masing seramai 11 warga Filipina, manakala China (empat), Vietnam (dua) dan seorang Indonesia.

"Sebahagian daripada mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. Semuanya telah dibawa ke Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau untuk tindakan selanjutnya.

"Kes disiasat mengikut seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataannya, di sini, hari ini.

Noraini berkata, turut ditahan, seorang lelaki warga Indonesia dipercayai pengunjung pusat hiburan itu selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/08/319517/18-gro-asing-ditahan

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS