Menu

PDRM PERKENAL DUA MUKA BAHARU TERAJU JABATAN START & JSJK

Kuala Lumpur, 13 Oktober 2017- Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani hari ini secara rasmi menyandang jawatan Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggantikan Dato’ Sri Abd Manan Mhd Hassan manakala Dato’ Amar Singh Ishar Singh pula dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) PDRM yang baharu menggantikan Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani dalam Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan StaRT dan Pengarah JSJK yang berlangsung di Dewan Tan Sri Khalid, PULAPOL Kuala Lumpur, pagi tadi.

Upacara menandatangani dokumen serah terima tugas pada hari ini telah disaksikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun.

Ketua Polis Negara dalam ucapannya menzahirkan ucapan terima kasih kepada Dato’ Sri Abd Manan Mhd Hassan di atas khidmat bakti yang beliau curahkan selama 41 tahun kepada pasukan sejak tahun 1976 lagi.

“Secara peribadi, saya menggambarkan Dato’ Sri Abd Manan sebagai seorang yang 'calm and composed', namun di sebalik kelembutan peribadi tersebut, wujud kekuatan yang telah berjaya meletakkan beliau berada di kelasnya yang tersendiri,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani dan Dato’ Amar Singh Ishar Singh di atas perlantikan ini serta menyatakan keyakinan yang tidak berbelah bahagi kepada kedua-duanya dalam meneruskan kecemerlangan Jabatan StaRT serta JSJK pada masa hadapan.

Majlis pada hari ini turut menyaksikan upacara Serah Terima Tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JSJK di antara Datin Sri Ir. Zaitun Mohd Isa dengan Datin Komodhi Dhanaraj serta jawatan Pengerusi PERKEP Jabatan StaRT di antara Datin Sri Dr. Fauziah Haji Ghazali dengan Datin Sri Ir. Zaitun Mohd Isa.

Sesi serah terima tugas pengerusi PERKEP ini telah disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Azizah Hamdi.

Turut hadir pada majlis berkenaan, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, barisan pengarah PDRM, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Sri Shahriza Saad @ Mansor, pegawai-pegawai kanan PDRM dan wakil-wakil media.

38
Sesi bergambar kenangan Dato’ Sri Abd Manan Mhd Hassan (empat dari kanan) bersama pucuk pimpinan baharu PDRM..

11
pasangan pegawai PDRM yang menjadi pengacara majlis pada hari ini..

10
Ketbaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun...

17
Sekitar sesi serah terima tugas Pengarah JSJK..
 
 

18
Sekitar sesi serah terima tugas Pengarah JSJK..
 
 

19
Sekitar sesi serah terima tugas Pengarah Jabatan StaRT..

20
Sekitar sesi serah terima tugas Pengarah Jabatan StaRT..

34
Ucapan daripada Dato’ Sri Abd Manan Mhd Hassan..

37
ucapan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun...

8
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun bersama Dato’ Sri Abd Manan Mhd Hassan..



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS