Menu

PELANCARAN IBU PEJABAT POLIS DAERAH KLIA

PELANCARAN IBU PEJABAT POLIS DAERAH KLIA

Sepang, 17 Oktober 2017 – Dalam usaha untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terjamin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menaik taraf Ibu Pejabat Polis (IPP) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), dalam majlis pelancaranya di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun dalam ucapan beliau berkata, kompleks tersebut turut dinaik taraf dengan segala kelengkapan, kemudahan moden dan pertambahan jawatan baru demi memberikan keselesaan serta perkhidmatan terbaik kepada masyrakat.

 “Sehubungan dengan itu, penggabungan kedua-dua IPD KLIA dan Balai Polis KLIA2 di bawah satu pentadbiran IPD dapat dilihat sebagai satu transformasi sistem keselamatan yang bertujuan memantapkan lagi keupayaan pasukan dalam penguatkuasaan undang-undang,” ujar beliau.

Sebagai rekod, ACP Zulkifli Adamshah telah dilantik sebagai Ketua Polis Daerah KLIA yang pertama dan dianggotai seramai 1,083 pegawai serta anggota.

Turut hadir, Pengarah Pengurusan, Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Seri Mohmad Salleh, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Dato’ Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, Pengarah Jabatan pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Dato’ Tajudin Md. Isa, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), SAC Shahrul Othman Mansor, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, Pegawai kanan PDRM serta rakan media.

4
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun ketika menerima Hormat Panglima daripada Kawalan Kehormatan.

5
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun ketika menyampaikan ucapan.

1
Gimik pelancaran.

3
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun ketika menyampaikan watikah kepada  Ketua Polis daerah KLIA, ACP Zulkifli Adamshah.

2
Gambar kenanngan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS