MAKTAB PDRM BAKAL LAHIR 100 SISWAZAH
Kuala Lumpur, 20 Oktober 2017 – Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini berbesar hati merasmikan Program Pengajian Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) , Diploma Siswazah Sains Sosial dan Diploma Eksekutif Sains Siasatan sesi 2017/2019 bertempat di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras, Kuala Lumpur, pagi tadi.
Seramai 100 orang peserta yang telah terpilih bukan sahaja daripada warga PDRM bahkan disertai oleh pegawai-pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pegawai Kanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bakal mengikuti pengajian dalam bidang-bidang yang ditawarkan.
Ketua Polis Negara dalam ucapan perasmiannya menzahirkan penghargaan kepada pihak Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kerana terus setia berkolaborasi sebagai rakan strategik akademik Maktab PDRM usaha melahirkan lebih ramai graduan minda kelas pertama yang menguasai ilmu kepolisan moden.
Dalam pada sama, turut diadakan majlis pemakaian pangkat kepada 31 orang Pegawai kanan PDRM yang didahului oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato’ Mazlan Lazim. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, UKM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat, Pengarah UMCCed, Proffesor Dato’ Dr. Mansor Md Isa (Wakil Naib Canselor Universiti Malaya), Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Abd Ghafar Rajab, Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan mewakili Komandan MPDRMKL, SAC Dr. Mustafa Khan Haji Abdul Samat, Pegawai-pegawai kanan ATM, Para pensyarah dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.


Bergambar kenangan bersama peserta