Menu

69 KOMANDO TERUS GEMILANG SEBAGAI PASUKAN ELIT PDRM

69 KOMANDO TERUS GEMILANG SEBAGAI PASUKAN ELIT PDRM

Ulu Kinta, 23 Oktober 2017 – Seiring dengan kepesatan dan kemajuan era globalisasi, Unit 69 Komando, Pasukan Gerakan Khas (PGK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mengalami evolusi dari sebuah pasukan yang memberikan fokus kepada peperangan melawan insurgensi kepada pasukan elit yang serba boleh dan menjadi kebanggaan. Menyambut Hari Ulang Tahun ke-48 pada tahun ini,

Unit 69 Komando dilihat terus menjadi sebuah pasukan elit yang berdiri teguh sebagai teras operasi khusus PDRM sekaligus menjadi sandaran kepada keamanan negara.

Sambutan Ulang Tahun 69 Komando ke-48 telah diadakan di Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta, Perak dengan menyaksikan pelbagai demonstrasi menarik daripada elemen-elemen unit di samping melakar beberapa upacara bersejarah, pagi tadi.

Sambutan pada tahun ini dimeriahkan dengan beberapa acara yang memukau pengunjung antaranya demonstrasi karate, tembak taktikal dan persembahan khas ‘accuracy jump’ oleh Paratroopers 69 Komando.

Dalam majlis yang bersejarah ini, ianya turut diadakan Upacara Penganugerahan Beret Kehormat kepada Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Dato’ Sri Zulkifli Abdullah yang disempurnakan oleh Komander Unit 69 Komando, Dato’ Fisol Salleh.

Dato’ Sri Zulkifli dalam ucapannya berkata, PDRM akan melihat prospek pembangunan menyeluruh dan seimbang iaitu meliputi kelengkapan aset serta kesiapsiagaan pasukan kerana ianya memberikan satu impak ketara terhadap keupayaan tempur 69 Komando.

“Menyingkap sejarah penubuhan 69 Komando pada Oktober 1969, seramai 1,600 anak watan yang berjiwa besar telah menyahut panggilan menjadi perintis kepada gagasan untuk mewujudkan sebuah pasukan khas yang berupaya mempertahankan tanah air.

Akhirnya seramai 60 orang berjaya membentuk trup pertama pasukan khas ini”, ujar beliau.

Tambah beliau lagi, dengan sejarah perjuangan yang hebat ketika era insurgensi di hutan rimba, kini 69 komando berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam penugasan membanteras jenayah dan ancaman-ancaman baharu iaitu pengganas militan.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada 69 Komando yang mewakili PDRM di dalam kejohanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Parachuting Challenge di Terengganu pada 27 September lalu, di mana unit elit ini telah banyak meraih kemenangan dalam beberapa kategori yang dipertandingkan.

Turut hadir pada sambutan hari ini adalah, Ketua Polis Perak, CP Dato’ Pahlawan Hasnan Hassan, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA (Gerakan), DCP Dato’ Azizan Abd Aziz, dan Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA (Kepolisan Am), DCP Dato’ Abdul Aziz Yusof .

Sekitar demonstrasi karate..Sekitar demonstrasi tembak taktikal..Antara aksi tembak taktikal Unit 69 Komando..Antara aksi demonstrasi ketangkasan menembak Unit 69 Komando..Antara aksi tembak taktikal Unit 69 Komando.. (2)Demonstrasi PARE Test oleh Unit 69 Komando.Antara aksi demonstrasi Accuracy Jump Unit 69 Komando.Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Dato’ Sri Zulkifli Abdullah..
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Dato’ Sri Zulkifli Abdullah..
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS