Menu

SERAH TERIMA TUGAS TIMBALAN PENGARAH DAN KETUA PENOLONG PENGARAH JSJ

Kuala Lumpur, 30 Oktober 2017 - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Jenayah Sindiket) dan Pasukan Tindakan Khas (STAGG), Bukit Aman melakar sejarah dengan perlantikan jawatan Timbalan Pengarah dan Ketua Penolong Pengarah yang baharu bagi cawangan masing masing yang berlangsung di Bilik Mesyuarat JSJ, Tingkat 4, Menara 2,Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dekat sini, pagi tadi.

DCP Dato' Ruslan Hassan secara rasminya dilantik sebagai Timbalan Pengarah (JSJ) (Jenayah Sindiket) menggantikan DCP Dato' Saiful Azly Haji Kamaruddin manakala SAC Mohd Nadzri Hussain secara rasminya menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah Skuad Taktikal Khas 3 (STAGG) menggantikan SAC Dato' Mohammed Hasbullah Ali dengan disaksikan sendiri oleh Pengarah JSJ, CP Dato' Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

Sejurus selesai majlis tersebut, CP Dato' Sri Wan Ahmad Najmuddin juga telah berbesar hati menerima kunjungan hormat Regional Police Attache Officer, Mr Yann Le Goff di Bilik Tetamu (JSJ) bersama Ketua Penolong Pengarah Urus Setia JSJ, SAC Dato' Manoharan Kanapathy dan ASP D12 International Criminal Police Organization (INTERPOL), ASP Anpanandan Joseph.

WhatsApp Image 2017-10-30 at 12.07.17.jpeg copy
DCP Dato' Ruslan Hassan (kanan) menerima tugas sebagai Timbalan Pengarah (JSJ) (Jenayah Sindiket) daripada DCP Dato' Saiful Azly Haji Kamaruddin ..

WhatsApp Image 2017-10-30 at 12.07.15.jpeg copy
SAC Mohd Nadzri Hussain (kanan) menerima tugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Skuad Taktikal Khas 3 (STAGG) daripada SAC Dato' Mohammed Hasbullah Ali..

WhatsApp Image 2017-10-30 at 12.07.13.jpeg copy
Pengarah JSJ, CP Dato' Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohd menerima kunjungan hormat daripada Regional Police Attache Officer, Mr Yann Le Goff..

WhatsApp Image 2017-10-30 at 12.07.08.jpeg copy
Regional Police Attache Officer, Mr Yann Le Goff menandatangani buku pelawat di Bilik Tetamu JSJ..
 
 

WhatsApp Image 2017-10-30 at 12.07.06.jpeg copy
Penyampaian cenderahati kepada Regional Police Attache Officer, Mr Yann Le Goff..
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS