Klang - Seramai 33 individu termasuk 27 wanita warga asing ditahan dalam dua serbuan Ops Noda berasingan di Taman Desawan kelmarin.
Dalam serbuan pertama, 10 wanita warga asing iaitu enam wanita warga Indonesia, Vietnam (3) dan Thailand (1) ditahan ketika bersembunyi di sebalik pintu besi rahsia di sebuah pusat urut di taman terbabit.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli yang mengetuai operasi bermula pukul 12.30 tengah malam itu berkata, ketika serbuan, semua wanita terbabit berada di satu ruang berdekatan laluan tangga yang ditutup dengan beberapa lapisan pintu besi.
Kata Shamsul, pihaknya turut menahan seorang pekerja lelaki warga Indonesia dan dua lelaki tempatan yang bekerja sebagai penjaga kaunter.
"Berdasarkan rekod pihak kita, premis ini sudah dua kali diserbu sebelum ini dan serbuan yang dijalankan kali ini merupakan kali ketiga dalam tempoh tiga bulan ," ujarnya.
Sumber: Kosmo