Baru-baru ini pihak polis telah berjaya mematahkan sindiket jenayah kolar putih yang menjalankan kerja-kerja jenayah menggunakan modus operandi (M.O) memintas kad kredit dan cek milik mangsa sebelum berjoli menggunakan wang haram tersebut.
Sebagai rekod, sebanyak 15 laporan polis telah diterima oleh pihak polis Kuala Lumpur berkenaan jenayah yang menggunakan M.O tersebut dengan jumlah kerugian yang direkodkan mencecah RM500,000.
Hasil daripada maklumat risikan dan operasi yang dijalankan, pihak polis Kuala Lumpur telah berjaya menahan lima ahli sindiket yang dikenali sebagai Geng Ah Chong masing-masing berusia di antara 30 sehingga 40 tahun.
Ikuti pendedahan M.O penuh menerusi keratan akhbar Harian Metro di bawah tentang bagaimana liciknya ahli-ahli sindiket ini memintas kad kredit dan cek milik mangsa sebelum membuat pembelian barangan secara haram di atas talian.