Menu

LAWATAN KERJA KPN KE UNIT TINDAKHAS (UTK)

LAWATAN KERJA KPN KE UNIT TINDAKHAS (UTK)

 Kuala Lumpur, 11 November 2017 – Sejak penubuhannya 42 tahun lalu Unit Tindakhas (UTK) sememangnya amat digeruni pihak musuh di atas kepakaran dan kepantasan unit sehingga dikenali sebagai ‘quiet professional’ dalam melaksanakan operasi-operasi khas.

Justeru itu, YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini berbesar hati melakukan lawatan kerja ke Unit Tindakhas bertempat di Lapang Sasar Briged Tengah PGA, Cheras, Kuala Lumpur pagi tadi. “Kemahiran dalam menembak tepat (Sniper), selam tempur, ‘paratrooping’, dan pakar letupan merupakan antara kemahiran tambahan yang dimiliki oleh para operatif unit ini sekali gus menjadikan mereka ‘high value individuals’.

"Justeru itu, hanya mereka yang berani dan cekal sanggup mempertaruhkan nyawa demi agama, bangsa dan negara sahaja yang mampu menyertai unit ini,” ujar beliau dalam ucapatama di majlis itu.

Melihat kepada beban penugasan hakiki operatif UTK yang amat tinggi beliau turut berbesar hati melaksanakan proses pembesaran dan menaiktaraf UTK sebagai langkah memperkasakan lagi unit elit ini.

Beliau turut menambah disamping itu PDRM akan memperkukuh bidang latihan, infrastruktur aset dan sokongan logistik selari dengan peredaran zaman yang semakin kompleks dan mencabar.

Dalam pada sama, beliau turut dianugerahkan Beret Kehormat UTK dan pemakaian insignia Sniper Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh Komander UTK, Dato’ Mastor Ariff. Beliau turut meluangkan masa melawat tapak pameran aset-aset UTK serta menyertai pertandingan menembak antara VIP bagi mewarnai rangka lawatan kerja tersebut yang tamat tengahari tadi.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Seri Mohmad Salleh, YDH Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT), Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Dato’ Amar Singh Ishar Singh, YDH Komander ESSCOM, Dato' Hazani Ghazali, YDH Timbalan Pengarah (Gerakan), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) Bukit Aman, DCP Dato’ Azizan Abd Aziz, YDH Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Aman, Dato’ Abdul Hamid Mohd Ali, YDH Komander Briged Tengah PGA, Cheras, SAC Adzaman Mohd Jan, YDH Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), SAC Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf, pegawai-pegawai kanan PDRM, dan rakan-rakan media.
groping dah edit2
0R9A6080
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun menyampaikan ucaptama.



Sesi penganugerahan Beret Kehormat UTK  dan pemakaian insignia Sniper Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh YDH Komander UTK, Dato’ Mastor Ariff kepada YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS