Cheras, 16 November 2017 – Pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah melupakan kebajikan pegawai awam yang sama penting seperti mana pegawai dan anggota PDRM di mana segala isu dan permasalahan yang dihadapi mereka diberi perhatian serta tindakan yang sewajarnya. Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun dalam ucapannya bersempena Majlis Penutupan Perhimpunan Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) di Maktab PDRM Kuala Lumpur hari ini, menjelaskan pegawai-pegawai awam ini adalah sebahagian daripada tulang belakang dalam menggerakkan PDRM ke mercu kecemerlangan.
“Selain daripada usaha mewujudkan pelbagai pelan serta tindakan bagi memperjuangkan isu-isu membabitkan pegawai awam dalam pasukan, PDRM juga akan terus menambah baik kemudahan asas dan logistik sebagaimana yang telah direncanakan sebelum ini,” ujar beliau lagi.
Perhimpunan seumpama ini merupakan platform terbaik bagi membincangkan isu-isu berkaitan pegawai awam PDRM serta membuka ruang kepada cetusan idea yang kreatif di samping meningkatkan produktiviti serta prestasi dalam perkhidmatan.
Majlis pada hari ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Perhimpunan Pegawai Awam PDRM 2017, Datuk Seri Mohmad Salleh, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Dato’ Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohamad, Timbalan Presiden II Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS), Encik Zainal Ahmad, Presiden PACSU, Encik Mahamad Bahrum, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Dato’ Yong Lee Choo, pegawai-pegawai kanan PDRM dan wakil-wakil media.
Gimik perasmian Majlis Penutupan Perhimpunan Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) di Maktab PDRM Kuala Lumpur hari ini disempurnakan oleh Ketua Polis Negara..
Ketibaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun..
Pentas utama: dari kiri, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Dato’ Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohamad, Timbalan Presiden II Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS), Encik Zainal Ahmad, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Perhimpunan Pegawai Awam PDRM 2017, Datuk Seri Mohmad Salleh, Presiden PACSU, Encik Mahamad Bahrum dan Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Dato’ Yong Lee Choo..
Antara pegawai-pegawai awam dari seluruh kontinjen yang hadir pada hari ini..
Antara pegawai-pegawai awam dari seluruh kontinjen yang hadir pada hari ini..
Antara pegawai-pegawai awam dari seluruh kontinjen yang hadir pada hari ini..
Bacaan doa pembukaan majlis...