Menu

PULANGKAN WANG : POLIS PUJI SIKAP JUJUR PEMUDA

PULANGKAN WANG : POLIS PUJI SIKAP JUJUR PEMUDA

Bandar Kuala Kangsar, 28 November 2017 - September lepas, seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford dipuji kerana memulangkan wang berjumlah RM1,450 di sebuah bank kepada polis.

Terbaru, seorang anak muda bernama, Muhammad Nazmin Nazri turut melakukan perkara sama dengan memulangkan wang berjumlah RM1,136 yang dijumpainya di mesin deposit sebuah bank.

Timbalan Ketua Polis Balai Kuala Kangsar, Sarjan Mejar Ariffin Harun bertanggungjawab menyerahkan wang tersebut kepada pihak bank, baru-baru ini.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar, lelaki itu menemui wang tersebut di dalam mesin deposit wang ketika berurusan di bank.

“Polis daerah Kuala Kangsar mengucapkan penghargaan kepada Muhammad Nazmin Nazri atas kemuliaan peribadinya memulangkan wang tersebut,” katanya.

Kejujuran penduduk Kuala Kangsar memulangkan wang dijumpai bukanlah pertama kali berlaku kerana dua tahun lepas, seorang lelaki pernah memulangkan wang berjumlah RM5,000 dijumpainya kepada polis.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/perak/pulangkan-wang-polis-puji-kejujuran-pemuda-1.763231#.WhzRdWBkQjc.facebook

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS