Menu

TPM TIBA DI LAHAD DATU UNTUK LAWATAN KERJA KE ESSCOM

TPM TIBA DI LAHAD DATU UNTUK LAWATAN KERJA KE ESSCOM

Lahad Datu, 14 Disember 2017 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) Lahad Datu bagi mengadakan lawatan kerja ke Pasukan Petugas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), hari ini.

Ketibaan beliau di Padang Kawad Batalion 17 PGA Lahad Datu disambut oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato’ Ramli Din dan Komander ESSCOM, DCP Dato’ Hazani Ghazali.

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama deligasi memulakan lawatan dengan menerima taklimat daripada Komander ESSCOM mengenai operasi semasa dan kejayaan pasukan itu menumpaskan penculik Kumpulan Abu Sayyaf serta Kumpulan Penculikan untuk Wang Tebusan (KFR) di perairan Pulau Kantong Kalungan, di sini, baru-baru ini.

Selain daripada itu, lawatan ini adalah bertujuan untuk menambah baik serta memastikan keselamatan di negeri Sabah khususnya di perairan Pantai Timur Sabah adalah diperingkat optimum.

Turut hadir pada pada lawatan kerja tersebut adalah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Pengarah Keselamatan Negara (MKN), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli Mohd Zain (B), Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim, Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato' Ramli Din, Komander ESSCOM, DCP Dato’ Hazani Ghazali, Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Pegawai Pemerintah Batalion 17 PGA Lahad Datu, Superintendan Lam Chien Fey, pegawai kanan dan anggota PDRM, ATM, APMM, RELA dan rakan-rakan media tempatan.

Gambar sekitar Lawatan Kerja Timbalan Perdana Menteri di ESSCOM
02IMG_9312_MG_4105_MG_3955_MG_4022
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS