Menu

MILIKI MOTOSIKAL CURI, REMAJA BELASAN TAHUN DITAHAN


Jertih, 27 Disember 2017 - Perbuatan seorang remaja lelaki bawah umur memiliki motosikal curi mengundang padah apabila dia ditangkap polis di sebuah kedai makan di Kampung Lak Lok, di sini, awal pagi semalam.

Suspek berusia 13 tahun ditahan sebaik selesai makan nasi lemak di kedai berkenaan kira-kira jam 12.30 malam oleh sepasukan polis dari Pasukan Khas Balai Polis Jertih.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, sebelum itu sepasukan tiga orang anggota pasukan tersebut yang bertindak atas maklumat telah ke sebuah kedai makan di kampung berkenaan.

Menurutnya, sebaik sampai di situ, polis mendapati remaja terbabit berada di dalam kedai itu yang dikatakan kedai yang selalu menjadi persinggahannya untuk minum atau makan.

“Pemeriksaan pada badan remaja terbabit tidak menemui sebarang barang salah, namun pemeriksaan terhadap sebuah motosikal jenis Honda C70 yang digunakan suspek didapati nombor rangka (chasis) dan enjin telah diganggu. – SINAR HARIAN ONLINE

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS