Menu

KES DIKLASIFIKASI SEBAGAI ORANG HILANG


Seorang lelaki yang dikenali sebagai Yusuf yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu dipercayai telah menghubungi keluarganya. Lelaki berkenaan dipercayai ada menghubungi isterinya pada jam 4.30 petang kelmarin.

Difahamkan lelaki tersebut memaklumkan kepada keluarganya, dia berada di Ipoh, Perak dan dalam keadaan baik. Berita mengenai Yusuf tular di laman sosial selepas dipercayai tidak dapat dikesan sejak jam 3 petang, Isnin lalu.

Kes tersebut diklasifikasikan sebagai orang hilang.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS