Kuala Lumpur, 18 Januari 2018 - ACP Mohd Khairi Khairuddin secara rasminya memangku jawatan Komander Unit Tindakhas (UTK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) menggantikan Datuk Mastor Mohd Ariff yang kini dilantik sebagai Timbalan Pengarah KDNKA (Pasukan Gerakan Am) dalam Majlis Serah Terima Tugas Komander UTK yang berlangsung di Kompleks UTK, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sebentar tadi.
Dalam pada itu, turut berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), UTK antara Puan Siti Haida Isa yang menggantikan Datin Suhaidah Othman dengan disaksikan oleh Naib Pengerusi PERKEP, Bahagian Perisikan dan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas, Jabatan KDNKA, Puan Maszura Wahab.
Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pengarah KDNKA (Gerakan), Bahagian Gerakan Jabatan KDNKA, Bukit Aman, DCP Datuk Azizan Abd Aziz, Komander Pasukan Polis Marin, SAC Dato’ Abdul Rahim Abdullah, Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am Cheras, SAC Adzaman Mohd Jan dan SAC Perisikan/Siasatan Khas, Bahagian Perisikan dan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas, SAC Ooi Kee Heng dan pegawai-pegawai kanan polis.

Bergambar kenangan.

Sesi serah terima tugas Komander Unit Tindakhas diantara Datuk Mastor Mohd Ariff kepada ACP Mohd Khairi Khairuddin
-bahagian-gerakan-jabatan-kdnka-bukit-aman-dcp-datuk-azizan-abd-aziz-selaku-saksi-dalam-sesi-serah-terima-tugas-komander-unit-tindakhas.jpg?sfvrsn=2)
Timbalan Pengarah KDNKA (Gerakan), Bahagian Gerakan Jabatan KDNKA, Bukit Aman, DCP Datuk Azizan Abd Aziz selaku saksi dalam sesi serah terima tugas Komander Unit Tindakhas
-datuk-mastor-mohd-ariff-memeriksa-barisan-kawalan-kehormatan-.jpg?sfvrsn=2)
Timbalan Pengarah KDNKA (Pasukan Gerakan Am), Datuk Mastor Mohd Ariff memeriksa barisan kawalan kehormatan.

Sesi serah terima tugas Pengerusi PERKEP Unit Tindakhas diantara Datin Suhaidah Othman kepada Puan Siti Haida Isa.