Muar, 22 Januari 2018 - Tindakan dua lelaki yang menjadikan laman video interaktif YouTube sebagai rujukan bagi memproses dadah akhirnya mema-kan diri apabila mereka dicekup dalam serbuan di Jalan Sulaiman, Muar pada Jumaat lalu.
Kedua-dua suspek yang berusia 31 dan 41 tahun itu ditahan dalam sebuah pondok berhampiran tokong yang dijadikan sebagai makmal bagi memproses pelbagai jenis dadah pada pukul 4.30 petang.
Turut dirampas dalam serbuan itu ada-lah pelbagai peralatan bagi memproses dadah dan serbuk ekstasi seberat 13.4 kilogram (kg); ketamin (362.30 gram (g); ganja (299.30g) dan syabu (53g) dengan nilai keseluruhan kira-kira RM1.4 juta.
Difahamkan, jumlah serbuk ekstasi itu, jika cliproses mampu menghasilkan 45,000 pil ekstasi.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Ba-hagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar selepas mendapat maklumat intipan dan risikan.
Katanya, kedua-dua suspek warga tempatan itu dipercayai membina pondok itu sendiri bagi mengaburi mata polis.
"Turut dirampas dalam serbuan itu adalah dua botol cecair sodium klorida, alkohol dan alat pengisar disyaki digunakan bagi memproses dadah jenis ekstasi tersebut.
"Kita turut menyita masing-masing sebuah kereta jenis Perodua Myvi; Proton Perdana dan pacuan empat roda jenis Isu-zu Trooper bernilai kira-kira RM54,000 serta wang tunai RM4,000," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini semalam.
Menurut beliau, siasatan lanjut juga masih dijalankan bagi mengetahui berapa lama mereka menjalankan operasi tersebut.
"Kedua-dua suspek yang positif dadah jenis syabu ditahan reman selama tujuh hari sehingga 26 Januari ini" ujarnya.
Sumber : KOSMO