Menu

KPN TERIMA DUA KUNJUNGAN HORMAT

Bukit Aman, 25 Januari 2018 – Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Fuzi Harun telah menerima dua kunjungan hormat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebentar tadi.

 Kunjungan hormat pertama ialah daripada Penasihat kepada YAB Menteri Kewangan Malaysia iaitu Puan Annie Chua manakala sesi kunjungan hormat kedua telah disambung dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Malaysia Rail Link Sdn. Bhd., Dato’ Darwis Abdul Razak.

 Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Dato’ Tajudin Md. Isa, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Dato’ Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, Ketua Polis Pahang, Dato’ Rosli Ab Rahman, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf dan Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Dato’ Asmawati Bt Ahmad.


Sesi penyampaian cenderahati..


Sekitar kunjungan hormat...


Sekitar kunjungan hormat..

                 

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS