Menu

PDRM, BOMBA JALIN KERJASAMA TINGKAT KUALITI SIASATAN INSIDEN KEBAKARAN


Kuala Lumpur, 26 Januari 2018 - Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Dalam Negeri hari ini menyaksikan Majlis Menandatangani Nota Kerjasama di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam usaha untuk meningkatkan kualiti penyiasatan melibatkan insiden kebakaran, yang berlangsung di Maktab PDRM Kuala Lumpur, Cheras, pagi tadi.

Nota Kerjasama ini merupakan platform terbaik bagi PDRM dan JBPM dalam mewujudkan kerjasama bagi menyelaraskan penyiasatan terhadap insiden kebakaran yang berlaku di seluruh Malaysia.

Dalam ucapannya, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid berkata, nota kerjasama pintar sebegini akan memberi impak yang tinggi terutama dari segi mengurangkan jangka masa siasatan selain mengelak pertindihan tugas di antara kedua-dua agensi tersebut.

“Bagaimanapun, sekiranya hasil siasatan oleh JBPM mendapati kejadian kebakaran mempunyai unsur jenayah, jabatan itu akan melapor dan menyerahkan laporan siasatan kepada PDRM supaya siasatan lanjut dari sudut jenayah dapat dilakukan,” jelas beliau.

"Kerjasama ini merupakan satu lonjakan dalam Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dan wajar dicontohi oleh agensi-agensi lain. Tahniah PDRM dan JBPM," katanya lagi.

Majlis yang disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun dan Ketua Pengarah JBPM, Dato’ Sri Haji Wan Mohd Nor Haji Ibrahim itu turut disaksikan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Haji Omar.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Sri Alwi Haji Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Sri Haji Mohammad Mentek, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Dato’ Haji Soiman Jahid, barisan Pengarah Jabatan PDRM dan Penolong-penolong Ketua Pengarah JBPM serta pegawai-pegawai kanan PDRM.


0S4A2648
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun menandatangani Nota Kerjasama PDRM dan JBPM.

0S4A2649
Ketua Pengarah JBPM, Dato’ Sri Haji Wan Mohd Nor Haji Ibrahim menandatangani Nota Kerjasama PDRM dan JBPM.

0S4A2669
Majlis menandatangani Nota Kerjasama antara PDRM dan JBPM disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Haji Omar

0S4A2694
Majlis penyerahan Nota Kerjasama antara PDRM dan JBPM disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Haji Omar

0S4A2700
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun menyampaikan cenderhati kepada Ketua Pengarah JBPM, Dato’ Sri Haji Wan Mohd Nor Haji Ibrahim

0S4A2836
Ucapan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Dalam Negeri 

0R9A2842
Bergambar kenangan

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS