Menu

RM13 JUTA BAIK PULIH RUMAH WARGA PDRM DI BRIGED TENGAH, CHERAS


Kuala Lumpur, 26 Januari 2018 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membaik pulih sebanyak 15 buah blok kediaman rumah warga Pasukan Gerakan Am (PGA) di Briged Tengah, Cheras, dekat sini dengan membabitkan peruntukan sebanyak RM13 juta secara berperingkat, bermula tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, peruntukan khas ini dibuat sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memastikan kebajikan anggota dan ahli keluarga mereka sentiasa dijaga.

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut mengumumkan perutukan khas untuk menaik taraf rumah ibadat, tempat riadah dan rekreasi serta dewan orang ramai di dalam kawasan Briged Tengah bagi tujuan meningkatkan taraf kesejahteraan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menghuni kawasan terbabit.

Pengumuman tersebut dibuat oleh beliau ketika Majlis Lawatan Kerja ke Briged Tengah PGA, tengahari tadi sejurus selesai Majlis Menandatangani Nota Kerjasama di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang diadakan di Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Tan Sri Noh Haji Omar, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Sri Alwi Haji Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Sri Haji Mohammad Mentek, Komander Briged Tengah PGA, SAC Adzaman Mohd Jan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz, barisan Pengarah Jabatan PDRM dan rakan-rakan media.


0R9A2903
Sekitar lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ke Markas Briged Tengah PGA

0R9A2873
Sekitar lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ke Markas Briged Tengah PGA

0R9A2950
Sekitar lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ke Markas Briged Tengah PGA

0S4A2970
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menandatangani buku pelawat.

0S7A9216
Bergambar kenangan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS