Menu

DCP HASHIM ALI PENAUNG SAYAP OPERASI JPJKK BAHARU

DCP HASHIM ALI PENAUNG SAYAP OPERASI JPJKK BAHARU

 Kuala Lumpur, 30 Januari 2018 – DCP Hashim Ali hari ini secara rasminya menyandang jawatan Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) menggantikan CP Dato’ Zainal Abidin Kasim yang kini menjawat  jawatan Ketua Polis Kedah dalam sebuah majlis yang berlangsung ringkas dengan disaksikan sendiri oleh Pengarah JPJKK, Dato’ Sri Tajudin Md Isa  di Bilik Mesyuarat JPJKK , Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dekat sini.

 Dato’ Sri Tajudin Md Isa dalam ucapannya menzahirkan keyakinan beliau terhadap DCP Hashim Ali menaungi sayap operasi JPJKK dengan baik serta memenuhi aspirasi pucuk pimpinan dalam melaksanakan setiap penugasan nanti.

 Disamping itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Zainal Abidin Kasim di atas segala usaha dan sumbangannya sepanjang berkhidmat di jabatan tersebut selama ini.

 Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ketua-ketua Penolong pengarah JPJKK dan pegawai-pegawai kanan PDRM.

0R9A3870


Sesi serah terima tugas Timbalan Pengarah (Operasi) JPJKK diantara CP Dato’ Zainal Abidin Kasim kepada DCP Hashim Ali.



0R9A3858


CP Dato’ Zainal Abidin Kasim menandatangani dokumen serah terima tugas Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK).



0R9A3852


DCP Hashim Ali menandatangani dokumen serah terima tugas Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK).



0R9A3896


Ketua Polis Kedah, CP Dato’ Zainal Abidin Kasim menyampaikan ucapan.



0R9A3878


Pengarah JPJKK, Dato’ Sri Tajudin Md Isa menyampaikan ucapan.



0R9A3823


Sekitar majlis berlangsung.



0R9A3907


0R9A3914


Sesi bergambar kenangan.




PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS