Menu

AKSESORI PAKAIAN PDRM

31 mac 2016
Selamat petang encik. 
Apakah hukum penggunaan kalimah Allah dan Muhammad yang digunakan pada aksesori dan pakaian pegawai dan anggota polis? 

Selamat petang cik. 
Muzakarah Khas pada 16 Ogos 2001 memutuskan bahawa 
orang-orang bukan Islam adalah diharuskan memakai 
perhiasan yang mengandungi perkataan Allah, Muhammad, 
Islam dan lain-lain potongan ayat-ayat al-Quran tetapi 
hendaklah diletakkan di tempat-tempat yang terhormat.

Selain itu, sekiranya aksesori pakaian seragam yang tertera 
Allah dan Muhammad dibawa masuk ke tandas hukumnya 
adalah makruh dan tidak sampai ke tahap hukumnya haram.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS