Bukit Mertajam, 11 Februari 2018 - Pembantu rumah warga Indonesia yang didera majikannya sebelum diselamatkan polis semalam, meninggal dunia petang tadi.
Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam.
Ketika ditemui, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan muka serta cedera di kedua-dua kaki.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata pihaknya sudah menahan dua beradik yang juga suspek berusia 36 dan 39 tahun untuk siasatan.
"Polis masih menunggu laporan bedah siasat mangsa bagi tindakan selanjutnya," katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber : Berita Harian Online