Kuala Lumpur, 5 Mac 2018 – Seramai 44 pemilik akaun bank telah berjaya ditahan dalam beberapa serbuan secara serentak di seluruh Malaysia dalam Operasi ‘Mule Account’ yang dilancarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mulai 1 Mac lalu membabitkan 319 kertas siasatan dengan kerugian berjumlah RM17.29 juta.
Dalam satu sidang media JSJK di Menara KPJ, ibu negara sebentar tadi, Pengarah JSJK Bukit Aman, Dato’ Sri Amar Singh Ishar Singh berkata, sindiket ‘Mule Account’ ini adalah berkait rapat dengan sindiket jenayah ‘Macau Scam’, ‘African Scam’ dan ‘E-Financial Fraud’ yang didalangi oleh warga asing untuk memperdaya kebanyakan pemilik akaun warga tempatan.
Tambahnya lagi, daripada jumlah tangkapan tersebut, 27 daripadanya adalah wanita dan selebihnya lelaki tempatan yang berusia dalam lingkungan umur 21 sehingga 57 tahun.
Kesemua mereka kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beliau turut menasihati orang ramai untuk lebih berhati-hati agar tidak menjadi mangsa sindiket ini dan sentiasa melayari Portal JSJK dan membuat semakan akaun mereka pada pautan http://ccid.rmp.gov.my/semakmule sebelum melakukan sebarang transaksi atas talian.

Sidang media JSJK pada hari ini dikendalikan oleh Pengarah JSJK Bukit Aman, Dato’ Sri Amar Singh Ishar Singh.

Dato’ Sri Amar Singh Ishar Singh menerangkan langkah-langkah semakan akaun bank melalui portal JSJK kepada pihak media.

Cara semakan akaun bank melalui Portal JSJK di pautan http://ccid.rmp.gov.my/semakmule.