Menu

PDRM AGENSI PERTAMA KOMERSILKAN PRODUK INOVASI

Kuala Lumpur, 6 Mac 2018 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Syarikat TRB Defence Manufacturing Berhad telah bekerjasama dalam meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan apabila menghasilkan produk inovasi PDRM yang dikenali sebagai I-Smart Tactical Vest (i-STV) di peringkat pasaran dalam dan luar Negara.

Kesepakatan itu dicapai menerusi majlis menandatangani surat serah hak pereka cipta antara pereka i-STV Unit 7, Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Negeri Sembilan kepada PDRM.

Turut diadakan, perjanjian perlesenan pengkomersilan produk inovasi i-STV di antara Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun dengan Pengerusi Eksekutif TRB Defence Manufacturing Berhad, Datin Azizah Tuah dengan disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Seri Alwi Haji Ibrahim yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan PDRM, Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Produk inovasi yang akan dikomersialkan ini, adalah hasil cetusan idea daripada pertandingan Konvensyen Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) yang kini dikenali sebagai Majlis Persada Inovasi (Kumpulan Inovatif Kreatif Horizon Baharu).

Ianya merupakan salah satu inisiatif PDRM dalam usaha menyokong Dasar Inovasi Kerajaan untuk menambah baik perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan, kata Tan Sri Mohamad Fuzi.


Tambah beliau, kejayaan produk pertama PDRM ini telah memberi semangat kepada warga PDRM untuk terus menghasilkan idea-idea yang kreatif baharu bagi tujuan pengkomersilan, sekali gus mentransformasikan pasukan melalui peningkatan produktiviti serta output perkhidmatannya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato’ Sri Nadzri Siron dan barisan Pengarah PDRM.

28685670_1842127192464246_3650362885878585386_n
Ketibaan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato' Seri Alwi Haji Ibrahim ke Mes Pegawai Kanan PDRM, Bukit Aman.

28660660_1842127325797566_6399605465394123523_n
Bacaan doa.

28616693_1842127099130922_1627650766948971478_o
Sekitar Majlis Menandatangani Surat Serah Hak Pereka Cipta dan Perjanjian Pelesenan Pengkomersilan Produk Inovasi i-Smart Tactical Vest (i-STV).

28618905_1842127469130885_5997638966558679839_o
Sekitar Majlis Menandatangani Surat Serah Hak Pereka Cipta dan Perjanjian Pelesenan Pengkomersilan Produk Inovasi i-Smart Tactical Vest (i-STV).

28616752_1842127182464247_3811351718135963614_o
Bergambar kenangan


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS