Kuala Lumpur, 31 Mac 2018 – Bersempena Peringatan Hari Polis ke – 211, hampir 100 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) berketurunan Sikh telah menyertai Sambutan Perayaan Keagamaan Kaum Sikh yang diadakan di rumah Gurdwara Sahib Polis, High Street, dekat sini, pagi tadi.
Majlis keagamaan ini dilaksanakan saban tahun ini bertujuan meraikan khidmat bakti kaum Sikh dalam menjaga dan memelihara kemanan negara disamping mengenang jasa mereka yang berkhidmat dalam PDRM samada yang masih hidup mahupun telah lama meninggal dunia.
Upacara itu turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Dato’ Sri Amar Singh Ishar Singh, pegawai kanan dan anggota PDRM serta penganut agama Sikh.
Rumah Gurdwara Sahib Polis, High Street, Kuala Lumpur.
Sekitar ketibaan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Dato’ Sri Amar Singh Ishar Singh ke majlis Sambutan Perayaan Keagamaan Kaum Sikh yang diadakan di rumah Gurdwara Sahib Polis, High Street, Kuala Lumpur.
Sekitar bacaan doa sempena Sambutan Perayaan Keagamaan Kaum Sikh yang diadakan di rumah Gurdwara Sahib Polis, High Street, Kuala Lumpur.

Sekitar majlis Sambutan Perayaan Keagamaan Kaum Sikh berlangsung.
Sekitar selesai Sambutan Perayaan Keagamaan Kaum Sikh yang diadakan di rumah Gurdwara Sahib Polis, High Street, Kuala Lumpur.