Menu

MAJLIS MAKAN MALAM REJIMENTAL: SEMAI SEMANGAT ‘ESPRIT DE CORPS’ PDRM DAN ATM

Kuala Lumpur, 31 Mac 2018 - Majlis Makan Malam Rejimental Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berlangsung di Wisma Perwira, dekat sini, malam tadi telah berjaya membuktikan semangat ‘esprit de corps’ tertinggi di antara dua pasukan keselamatan utama negara.

Majlis makan malam ini merupakan gabungan kerjasama padu di antara PDRM dengan ATM yang secara simboliknya turut membuktikan dua buah organisasi terulung ini tidak lagi bergerak secara berasingan, malah sedia untuk turun padang bersama dan berganding bahu dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan tanah air tercinta.

Terdahulu, Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan timbalannya, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Ketua Polis Negara, Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun serta Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor hadir menyerikan lagi majlis tersebut.

Dalam majlis tersebut juga, seramai 500 para pegawai kanan dari kesemua jabatan dan cabang dalam PDRM serta ATM hadir memenuhi undangan dan jemputan.

Turut hadir, Menteri Pertahanan merangkap Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Sri Mohd Johari Baharum, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan, Dato' Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, KSU Kementerian Dalam Negeri, Dato' Seri Alwi Haji Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim dan barisan Pengarah PDRM.

29683342_1870489546294677_7131498989475309311_n (1)
Sekitar pendaftaran Majlis Makan Malam Rejimental Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

29662589_1870491302961168_8269764259112709709_o
Ketibaan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

29872734_1870491156294516_4978812832518911971_o
Ketibaan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

29662735_1870504156293216_4338268411723462423_o
Sekitar Majlis Makan Malam Rejimental Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).




PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS