Menu

POLIS KESAN SAKSI PERBICARAAN KES

Kuala Lumpur, 12 April 2018 - Polis Kuala Lumpur sedang mengesan seorang saksi bagi perbicaraan di Mahkamah Tinggi 3, Jalan Duta, di sini.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, saksi yang dikesan dikenali sebagai Yuli Yanti, 28, merupakan warga Indonesia beralamat terakhir di tingkat 25, Tower A East Wing, Berjaya Times Square, Jalan Imbi, di sini.

Saksi yang dikesan berkenaan tidak memiliki pasport.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat, Insp Norbariah Fazuan Ramli di talian 012-7009478 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi 03-2600 2222 serta Hotline Rakan Cop Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999/SMS ke 32728 atau balai polis berhampiran.

- BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS