Menu

TIGA DITAHAN MENYAMAR POLIS, SAMUN

Kuala Lumpur, 12 April 2018 - Polis menahan tiga individu selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dengan menyamar sebagai anggota polis.

Tiga individu tersebut yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita tempatan itu ditahan anggota dari bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di Jalan Ipoh dan Subang Jaya, Selangor pada kelmarin dan semalam.

Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, hasil tangkapan tersebut, pihaknya turut merampas satu lencana polis, sehelai baju dan topi yang digunakan suspek semasa melakukan jenayah tersebut.

“Kesemua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS