Kuala Lumpur, 4 Mei 2018 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghantar pasukan khas ke Bangkok, Thailand bagi mengesan suspek yang menembak mati Allahyarham Dr. Fadi Al Batsh.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pasukan khas itu telah ke Bangkok baru-baru ini.
“Selain itu, kita turut mendapatkan bantuan daripada polis di Singapura dan Indonesia,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.
Ditanya sama ada kedua-dua suspek kes tersebut berada di luar negara, Mohamad Fuzi berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan itu namun masih melakukan siasatan.
Sumber: Utusan Online