Kuala Lumpur, 7 Mei 2018 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mempersiapkan seramai 10,939 kekuatan anggota dan pegawai bantuan sumber manusia ke semua kontinjen bagi memastikan kelancaran Pilihanraya Umum (PRU) ke-14.
Seramai 2,880 petugas yang terdiri daripada warga kerja Bukit Aman, Maktab PDRM serta PULAPOL Kuala Lumpur telah bergerak ke formasi yang ditetapkan iaitu Kedah, Kelantan, Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang dalam Majlis Amanat Dan Pelepasan Kepada Petugas-Petugas Bantuan Sumber Manusia PDRM Sempena PRU ke-14 yang disempurnakan oleh Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur pagi ini.
Dato‘ Sri Abdul Ghafar berkata, kesemua petugas bantuan sumber manusia dijangka akan kembali ke formasi masing-masing pada 11 Mei 2018 setelah penugasan selesai.
“Besarlah harapan saya agar tanggungjawab ini dapat dilaksanakan dengan penuh amanah bagi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan rakyat ketika mengundi”, ujar beliau.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), DCP Dato’ Narenasagaran Thangaveloo, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), SAC Dato’ Zaini Jass, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan Kerjaya) Bahagian Dasar Sumber Manusia Jabatan Pengurusan, SAC Dato’ Mohamad Mat Yusop, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, SAC Shamsudin Mat, pegawai kanan dan pegawai rendah PDRM.

Bacaan doa.

Majlis Amanat Dan Pelepasan Kepada Petugas-Petugas Bantuan Sumber Manusia PDRM Sempena PRU ke-14.

Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab menyampaikan amanat kepada petugas-petugas yang akan bergerak ke formasi yang ditetapkan.

Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab beramah mesra bersama petugas-petugas bantuan sumber manusia.

Upacara pelepasan petugas-petugas yang akan bergerak ke formasi yang ditetapkan.