Kuala Lumpur - Seorang penjenayah warga asing dipercayai aktif melakukan penipuan dan samun dalam urusan jual beli mata wang asing ditembak mati selepas menyerang polis dengan parang di jalan Memanda 10, Ampang Jaya di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.55 malam itu, suspek yang menaiki kereta Toyota Vios bersama empat rakannya dikatakan cuba melarikan diri daripada buruan polis.
Ia susulan polis menerima laporan mengenai kejadian samun membabitkan kerugian kira kira AS 150,000 (RM595,800) milik seorang lelaki tempatan di satu lokasi di ibu negara beberapa jam sebelum itu.
Difahamkan, polis daripada Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat PolisKontinjen (IPK) Kuala Lumpur mengesan kedudukan kereta suspek dan ketika cuba melakukan tangkapan, suspek terbabit memecut kenderaan dalam usaha melarikan diri sehingga masuk ke Ampang Jaya.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro berikut..