Menu

OP NODA: D7 GEMPUR PUSAT PELACURAN, TAHAN 12 WANITA WARGA ASING

Puluhan laluan tikus dikesan di sebuah bangunan di Jalan CM Yusuff, Ipoh, yang dijadikan pusat pelacuran melibatkan GRO warga asing.

Bangunan yang dijadikan hotel bajet itu menyediakan khidmat seks dengan harga antara RM50-RM80 diserbu sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat PolisKontinjen (IPK) Negeri.

Operasi diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berjaya menahan 12 wanita warga Thailand dan Myanmar bersama lima pelanggan warga Bangladesh dan Indonesia serta merampas kondom, gel pelincir dan wang RM1515 hasil aktiviti pelacuran itu.

Sumber- Sinar Harian

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS