Menu

POLIS MARIN TAHAN LELAKI MILIKI PELBAGAI JENIS MERCUN BERNILAI RM40,000

Skudai, 4 Jun 2018 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya merampas dan menahan seorang lelaki atas kesalahan memiliki pelbagai jenis mercun bernilai RM40,000 menerusi Op Landai Khas yang dilakukan di Kampung Sinaran Kempas, di sini, semalam.

Komandernya, ACP Paul Khiu Khoon Chiang berkata, serbuan dilakukan berdasarkan risikan yang dilakukan oleh pasukannya di sebuah gerai menjual mercun di lokasi tersebut.

Pihak polis bertindak menahan seorang lelaki tempatan berumur 35 tahun dan membawa kepada rampasan sejumlah kotak berisi mercun yang disimpan di stor di lokasi berasingan.

Suspek dan barang rampasan kemudian dibawa ke Markas Pasukan PolisMarin Wilayah Dua untuk siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS