Menu

VIDEO TULAR: POLIS BURU SUSPEK BERTINDAK GENGSTER

Rawang, 29 Jun 2018 - Sebuah rakaman video memaparkan seorang lelaki terbaring dalam keadaan seluarnya dilondehkan sehingga menampakkan seluar dalam tersebar di laman sosial sejak pagi ini.

Video berdurasi 34 saat itu berlaku jam 1.30 pagi semalam di kawasan Bandar Country Homes jam.

Rakaman memaparkan aksi ganas seorang lelaki bertindak melanggar mangsa terbaring itu dengan motosikal yang sengaja diletakkan pada perut mangsa sebelum menendang muka mangsa sebanyak beberapa kali.

Menurut keterangan video menceritakan insiden berlaku ke atas lelaki berkenaan yang didakwa menjadi mangsa buli oleh sekumpulan lelaki.

"Berlaku insiden buli, tetak dan cedera parah kepada salah seorang penonton bola sepak yang datang ke kedai berdekatan 7-Eleven Country Homes, Rawang.

"Mereka tetak, (mangsa) cedera parah dan dibogelkan kemudian diambil video. Sekurang-kurangnya seramai 30 orang lelaki bersenjatakan parang dan besi telah tetak dan cederakan tangan, kepala serta belakang badan mangsa," tulis pihak yang menularkan video tersebut.

Pihak yang menularkan video berkenaan turut meminta pihak polismengambil tindakan ke atas gejala gengsterisme di kawasan tersebut.

"Mangsa telah membuat aduan atas nama yang terlibat dalam gengsterisme ini iaitu Boyoh, Elangges (Koli), Vinod Kundang, RR Ganesh, Iswaran (Udumbe), Viknes (Pambe), Suren dan lain-lain lagi.

"Kami telah membuat aduan tapi kami tidak dapat sebarang jawapan daripada PDRM. Kami nak PDRM ambil tindakan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

"Kita sedang siasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan. Kesemua suspek telah dikesan dan usaha menangkap suspek terlibat sedang giat dijalankan," katanya.

Sumber - Sinar Harian.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS