Kuala Lumpur, 11 Julai 2018 – SAC Mazli Mazlan kini secara rasminya mengambil alih tugas jawatan Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) yang baharu menggantikan DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf yang bertukar sebagai Ketua Urus Setia KPN, Urus Setia Pejabat KPN, Bukit Aman.
Majlis yang penuh bersejarah itu turut diserikan lagi dengan kehadiran pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun bersama timbalannya, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim yang berlangsung di Aras 31, Menara 1, Bukit Aman.
Tan Sri Mohamad Fuzi mengucapkan selamat datang kepada SAC Mazli dan tidak lupa juga menzahirkan penghargaan kepada DCP Dato’ Ramli Mohamed di atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang beliau memegang jawatan sebagai SUPM.
Tambah Tan Sri Mohamad Fuzi, ini merupakan bukti bahawa PDRM sentiasa mengambil pendekatan yang holistik dalam usaha meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan mutu serta kualiti perkhidmatan pasukan selari dengan kehendak semasa.
“Saya menyeru kepada warga PDRM agar terus mengekalkan semangat kerjasama dan kesepakatan yang kita amalkan selama ini demi kepentingan Pasukan yang kita cintai,” ujar beliau.
Hadir sama, barisan ketua bahagian dan pegawai kanan Urus Setia KPN.

Sesi serah terima tugas Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) diantara DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf kepada SAC Mazli Mazlan.

Sekitar Majlis Serah Terima Tugas Jawatan SUPM.

Bacaan doa.

SAC Mazli Mazlan menandatangani dokumen serah terima tugas SUPM.