JUBLI EMAS PERKEP MALAYSIA
Petaling Jaya, 2 Ogos 2018 – Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-50 dalam sebuah majlis Jubli Emas PERKEP Malaysia di One World Hotel, dekat sini, malam tadi.
Majlis bertemakan ‘D Goldies’ itu dilihat tepat dalam menyatakan kematangan PERKEP Malaysia sepanjang 50 tahun penubuhannya yang menjadi tulang belakang kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) selaku sebuah agensi keselamatan terulung di negara ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun dalam ucapannya menzahirkan rasa bangga dengan prestasi PERKEP yang berjaya mengharungi pelbagai cabaran dalam menjayakan program-program pemerkasaan wanita seiring agenda transformasi negara masa kini.
“PERKEP adalah figura penting dalam institusi kepolisan, ini terbukti dalam pelbagai peristiwa berdarah antaranya tragedi Bukit Kepong dan Lahad Datu apabila PERKEP memainkan peranan besar membela ahli keluarga PDRM yang terlibat,” tambahnya lagi.

Sesi bergambar kenangan.

Pemangku Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Sri Shahriza Saad @ Mansor menyampaikan ucapan.

Datin Sri Noorfajariah Abdul Rahman menyampaikan ucapan balas bagi tetamu yang diraikan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun menyampaikan ucapan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun menyempurnakan acara pelancaran logo Jubli Emas PERKEP Malaysia.