Kuala Lumpur, 14 Ogos 2018 – Seramai 51 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) sebagai menghargai semangat kepahlawanan dan jasa bakti mereka kepada negara di Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman yang diadakan di perkarangan Kompleks 3, Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Perhimpunan anjuran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) pada hari ini juga turut menyaksikan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun menyampaikan surat penghargaan kepada 50 orang warga PDRM serta satu Surat Penghargaan Khas KPN kepada Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Perancangan Strategik), Dato’ Fatimah Abdul Hamid. Penghargaan khas ini diberikan kepada beliau berdasarkan reputasi cemerlang yang telah beliau pamerkan di ‘45th Asia Rigion Law Enforcement Management Program’ (ARLEMP) 2018 di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam baru-baru ini.
KPN dalam ucapannya berkata, PDRM sedia maklum bahawa masyarakat pada hari ini mempunyai ekspektasi yang tinggi terhadap kredibiliti dan prestasi badan penguat kuasa terutamanya dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.
"Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan pasukan sentiasa berada di landasan yang betul atau dengan erti kata yang lain, tidak sesekali ‘terpesong arah’ sehingga mampu mencalar maruah pasukan," ujarnya.
Beliau juga mengingatkan semua warga PDRM agar jangan menjadi parasit yang secara halus memamah maruah pasukan daripada dalam dan soal integriti serta rasuah harus diberi penekanan yang serius bagi mengelakkan virus dalaman ini terus merebak sehingga menjejaskan imej PDRM.
Perhimpunan pada hari ini turut dihadiri oleh Pengarah JIPS, Dato’ Zamri Yahya merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT), Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Dato' Sri Amar Singh Ishar Singh, pegawai-pegawai kanan PDRM serta wakil-wakil media.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun memeriksa baris Kawalan Kehormatan.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun menyampaikan ucapan di Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun menyampaikan Surat Penghargaan Khas KPN kepada Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Perancangan Strategik), Dato’ Fatimah Abdul Hamid.

Sekitar upacara Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara berlangsung.

Sekitar upacara Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara berlangsung.

Sekitar penyampaian sijil penghargaan.

Antara penerima anugerah Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN)

Bergambar kenangan.

Bergambar kenangan.

Bergambar kenangan.