Menu

OP SAMSENG JALANAN: 'SUPERMAN' SANGGUP 'JUNJUNG' MOTOR LINTAS PAGAR LEBUH RAYA

Ada yang sanggup junjung motosikal melepasi penghadang besi di tengah lebuh raya bagi mengelak diberkas polis. Malah ada antara mat rempit ini meninggalkan motosikal dan lari bersembunyi di dalam hutan.

Itu antara gelagat berpuluh penunggang motosikal yang diserbu dalam Operasi Samseng Jalanan di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Selatan (LEKAS) di Kajang, Selangor, awal pagi semalam.

Dalam operasi bermula jam 12 tengah malam hingga 6 pagi semalam, lima lelaki berusia 17 hingga 22 tahun ditahan selepas didapati menunggang motosikal secara melulu dan bahaya dengan melakukan aksi 'Superman' serta 'wheelie' di lebuh raya itu.

Ikuti bacaan lanjut operasi Polis Daerah Kajang ini menerusi keratan akhbar Harian Metro di bawah.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS