Menu

POLIS PANTAU DRON

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan pemantauan rapi terhadap larangan penggunaan dron sepanjang proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), hari ini.

Tinjauan Harian Metro mendapati anggota dan pegawai polis dilengkapi senjata Orion-7 MP untuk menembak dron berkawal di sekitar kawasan MPPD.

Kelengkapan itu dikendalikan Asisten Superintendan Wee Beng Chuat dan dibantu Inspektor Mohd Ahya Abd Hadi serta Koperal Adreen Abdullah.

Mereka bertanggungjawab untuk bertindak jika mengesan penggunaan dron di kawasan bekenaan.

Mohd Ahya berkata, senjata itu berupaya menembak dron jarak maksimum efektif sejauh dua kilometer.

“Arahan sudah diberi dan kami bersedia jika ada yang ingkar. Ia dilakukan demi keselamatan orang ramai. Alat ini turut digunakan di PRK Seri Setia lalu,” katanya.

Bacaan lanjut di https://www.hmetro.com.my/…/polis-pantau-dron-pada-penamaan…

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS