Sepang - Seorang lelaki warga Libya didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam, atas tuduhan membunuh seorang kakitangan Telekom Malaysia Berhad (TM) dalam kejadian dipercayai langgar lari di Shaftsbury Square, Cyberjaya, baru-baru ini.
Ahmed Abdullah Ali, 24, yang juga penuntut universiti swasta hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Yusna Khadijah Md Yusop.
Sementara itu, di Mahkamah Seysen di sini, Ahemd mengaku tidak bersalah atas tuduhan memasukkan dadah jenis 11-nor-delta-9tetrahydrocannabinol-9-carboxylic-acid di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di sini, jam 6.10 pagi, pada 19 Oktober lalu.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut..
