Menu

SUAMI PENGASUH DIREMAN 5 HARI

Suami kepada pengasuh bayi yang maut akibat penderaan fizikal dan seksual, kelmarin, direman selama lima hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, pihaknya menahan pengasuh dan suaminya masing-masing berusia 28 dan 36 tahun, Khamis lalu, untuk siasatan lanjut,

"Suami pengasuh yang bekerja sebagai penggunting rambut dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang semalam (kelmarin) dan tempoh reman terhadap suspek dibenarkan selama lima hari sehingga 13 November ini.

"Ujian saringan air kencing dilakukan terhadap suspek didapati positif methaphetamine," katanya.

Katanya, kes itu pada awalnya diklasifikasikan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

"Namun, selepas mangsa meninggal dunia, kes itu diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Radzee Jamudi di talian 0196655811 bagi membantu siasatan," katanya.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS