Menu

OP SEAGULL: JSJK LUMPUHKAN SINDIKET PINJAMAN WANG TIDAK WUJUD

Kuala Lumpur, 22 November 2018 - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman dengan kerjasama JSJK Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang berjaya menahan 21 warga tempatan yang dipercayai sindiket penipuan pinjaman wang tidak wujud dalam lima serbuan di sekitar daerah Kajang membabitkan 32 laporan polis dengan kerugian berjumlah RM 434,486 melalui operasi ‘Op Seagull’.

Dalam satu sidang media di Menara 238, di sini sebentar tadi, Timbalan Pengarah (Siasatan) JSJK, DCP Datuk Saiful Azly Haji Kamaruddin berkata, sindiket ini berpura-pura mewakili syarikat pinjaman wang berlesen dan memperdayakan mangsa dengan menawarkan pinjaman wang tidak wujud dengan cara menghubungi mangsa melalui telefon atau menghantar pesanan di aplikasi ‘whatsapp’.

“Kesemua suspek yang ditahan terdiri daripada 16 lelaki dan lima perempuan berumur dalam lingkungan 17 hingga 27 tahun. Mereka disyaki berperanan sebagai ‘caller’ yang menghubungi dan menawarkan pinjaman kepada mangsa,” jelas beliau.

“Operasi tersebut juga membawa kepada rampasan pelbagai jenis dadah serta penahanan tiga suspek terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan,” tambah beliau lagi. 

Orang ramai yang hendak membuat pengesahan, dinasihatkan membuat semakan akaun terlebih dahulu melalui Portal JSJK (http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/) sebelum membuat sebarang transaksi bayaran.

0S4A0641
Timbalan Pengarah (Siasatan) JSJK, DCP Datuk Saiful Azly Haji Kamaruddin menunjukkan barang rampasan kepada media.

0S4A0629
Timbalan Pengarah (Siasatan) JSJK, DCP Datuk Saiful Azly Haji Kamaruddin menunjukkan barang rampasan kepada media.

0S4A0561
Timbalan Pengarah (Siasatan) JSJK, DCP Datuk Saiful Azly Haji Kamaruddin menunjukkan barang rampasan kepada media.

0S4A0414
Barang rampasan dalam operasi 'Op Seagull'.

0S4A0411
Barang rampasan dalam operasi 'Op Seagull'.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS