Menu

PDRM RAI PARA PESARA DAN BAKAL PESARA

Serdang, 8 Disember 2018 – Seramai 112 pesara dan bakal pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diraikan dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Palace Of Golden Horses (POGH) dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun dalam ucapannya menzahirkan ucapan terima kepada semua yang diraikan di atas pengorbanan yang telah dicurahkan kepada pasukan.

“Terimalah malam ini sebagai satu hadiah dan tanda penghargaan pasukan ke atas jasa, sumbangan serta khidmat bakti yang dicurahkan oleh Dato’ Sri, Dato’-Dato’, tuan-tuan dan puan-puan, yang telah dan akan bersara pada tahun ini,” ujarnya.

Berbekalkan kemahiran, pengalaman dan kepakaran yang dikutip sepanjang perkhidmatan, beliau yakin para pesara PDRM akan terus menabur bakti kepada negara melalui keterlibatan dalam kerja-kerja komuniti dan aktiviti kemasyarakatan.

Beliau turut berharap agar ikatan yang pernah terjalin di bawah Panji Sang Saka Biru ini akan terus berkekalan dan legasi yang ditinggalkan akan menjadi kayu ukur kepada kejayaan dimasa hadapan.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim, barisan pengarah PDRM, para pesara yang diraikan dan para pegawai kanan.

0S4A4693
Bergambar kenangan di Majlis Meraikan Pesara dan Bakal Pesara Pegawai Kanan PDRM.

0S4A4700
Bergambar kenangan.

0R9A9963
Sekitar Majlis Meraikan Pesara dan Bakal Pesara Pegawai Kanan PDRM.

0S5A2977
Sekitar penyampaian cenderahati kepada penerima.

0R9A0080
Sekitar penyampaian cenderahati kepada penerima.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS